H1N1 dah sampai kuantan dah...Jaga2...


Seorang pengawal Sekolah SMART menampal notis penutupan sekolah tersebut akibat penularan Wabak Selesema Babi di Kuantan semalam


H1N1.... dah menular n merebak di Kuantan ni..blogger-emoticon.blogspot.com Petikan akhbar hari ini, dari Kosmo 31 Julai 09, mengesahkannya.. Ya Allah, Lindungilah kami dari bala ini, amin.

KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.

Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.




Sila klik blogger-emoticon.blogspot.comntk download informasi H1N1 yg sy dapat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. klik DOWNLOAD
Ntk info Kudis Buta ada juga. klik DOWNLOAD
Labels: 6 comments | edit post
Reactions: