Nostalgia 2003
Selongkar gambar kat umah, dan aku terjumpa gambar nostalgia yang amat bermakna n kenangan manis bg aku. :puteh_2:Masa ni aku sem 1 di Maktab Perguruan Ilmu Khas, KL. Memang mcm mimpi bila team mata bola keranjang mktab merangkul Johan Kebangsaan pd masa tu (2003). :puteh_6:Rasa nak wat filem je apa yg aku tempuh ni. Dari perlawanan peringkat zon dan seterusnya xsangka peringkat kebangsaan. Rasa teruna teruja sangat bile dah layak masuk kebangsaan. Kami semua sempoi je main, tetiba Alhamdulillah, kami dapat ke separuh akhir. Masa lawan separuh akhir nila (gambar atas) bg aku yg paling mencabar dan paling ingat. :puteh_18:Mane taknye, dahla lawan tuan rumah (Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban). Penyokong diowang penuh mengelilingi court basketball ni. Masa main, pihak lawan siap main ejek2 psiko ngn kami,:puteh_15: mula2 agak tertekan apabila diowang leading 20 lbh mata. Kami jauh ketinggalan. Yg xbleh tahan tu, awek2 diowang bersorak2 n boo kat kami. :puteh_29:Nyampah tgk. Hahahha (ayat jeles)…kami tetap meneruskan perjuangan yg belum selesai lagi dengan penuh semangat (ayat poyo).:puteh_28: Finally, last quarter, kami dapat mengejar dan memenangi perlawanan ini. Paling best, pemain diowang nangis2 n awek gedik2 bersorak td, pujuk diowang. Masa tu perasaan kitowang best sgt2. Mcm dlm citer Slamdunk plak tau. Dahla masa tu aku ikat rambut, member sumer panggil aku ‘anak jin’.:puteh_12:hahha kenangan manis sgt main bola keranjang ni. Kpd member2 yg main sama dulu, all da best ntk korang sumer, harap dpt main basketball sama2 kelak. Adiossss..:puteh_1:



Masa lwn Mprm dan masuk final, akula depan tu..hehe

Labels: , , 4 comments | edit post
Reactions: 
Kursus Kejurulatihan Ekuestrian
iyah... kedekuk kedekuk kedekuk...ape khabar semuaaaa...:puteh_18:... sejak kebelakangan ni gua asek sibuk je.. nila salah satu kesibukan gua dulu.. gua pg kursus jurulatih kuda kat pusat ekuestrian sekolah2 negeri Pahang kat tanjung Lumpur selama 3 hari. :puteh_6:. Pengalaman seperti membersihkan kandang kuda (stable) termasuk membersihkan ehem2nya jgk. :puteh_29:. hahaha. xpe....nak biasakan diri dgn kuda, kenala mula ngn kandang dia dulukan.he. pastu ada belajar tentang bahagian badan kuda n aksesorinya skali. Cara groomingkan kuda pun ada, org emsen, kuda xcntik, xbest ar kan..:puteh_22:. dan seterusnya belaja menunggang kuda.yeahaa:puteh_20:. mmg best la sesangat tunggang kuda ni. mcm mask of zorro dah gua rasa.heheh:puteh_23:. mcm2 jenis tunggangan ada, walk, trout, rising trout and running. byk lg sebenarnya tau. dan yg paling best, hari last..sebab tunggang kuda ke pantai sepat n mandikannya di laut. mmg best n gua amatlah menyarankan korang sumer merasa pengalaman berkuda ni. best lak ai..:puteh_19:.
ni ada gamba skit ntk tatapan sume, gamba len dh bagi kuda.wakakakka bye bye:puteh_27:


Ngn Khiliq aka Kuda turbo



Ni yg paling syahdu masa bersihkan kandang kuda..haha
Labels: , , 2 comments | edit post
Reactions: 
Project Baru...


Jeng jeng jeng....:puteh_1:
An Ejam & Eym's Creations Production

Present
HOSTEL BREAK
SINOPSIS

“Hostel Break” mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan pelajar lelaki yang tinggal di dalam asrama di sebuah sekolah. Kisah bermula apabila Faiz Burrow dan adiknya, Mizan Scofield serta Syahmi Sucre membuat plan untuk memecah keluar dari asrama pada waktu malam. Namun begitu, plan yang telah dirancang oleh mereka tidak menjadi kenyataan kerana disebabkan oleh Faiz Burrow telah dikurung di dalam bilik sakit selama 2 hari oleh warden asrama kerana melakukan satu kesalahan. Mizan Scofield cuba membebaskan abangnya yang dikurung bagi menjayakan plan yang telah mereka rancang. Dengan dibantu oleh Syahmi Sucre iaitu teman rapat dan teman sebilik Mizan Scofield, mereka telah merancang pelbagai cara untuk membebaskan Faiz Burrow dari bilik sakit. Namun, bukan mudah bagi mereka untuk memecahkan bilik sakit tersebut kerana ianya telah melibatkan campur tangan dari Hafiz ‘T-Bag’ dan juga Putera Bellick. Hafiz ‘T-Bag’ merupakan ketua budak nakal di dalam asrama manakala Putera Bellick ialah ketua pelajar asrama. Pelbagai aksi-aksi menarik dan mendebarkan yang dipersembahkan. Adakah Mizan Scofield dan Syahmi Sucre berjaya mengeluarkan Faiz Burrow dari bilik sakit? Dan dapatkah mereka mengikut plan yang seterusnya iaitu memecah keluar dari asrama pada waktu malam?Jadi, tunggulah kemunculan Hostel Break – Seasons 1 di skrin laptop anda……….


*****************************************************************************


DIBINTANGI OLEH :-


1) Hamizan................ Mizan Scofield

2) Faiz Kamis............. Faiz Burrow

3) Hafizuddin...............Hafiz ‘T-Bag’

4) Syahmi....................Syahmi Sucre

5) Putera......................Putera Bellick

6) Cikgu Eym................Warden


IDEA ASAL :- Ejam

LAKON LAYAR
:- Ejam & Eym


*****************************************************************************

Release Date : June 2009

COMING SOON ON YOUR THEATRE JUNE 2009

"Hostel Made To Be Broken"


:puteh_28:
2 comments | edit post
Reactions: